Kemaskini terakhir: 3 September 2019

 

Kami menghargai privasi anda

Di Asurion (seperti yang ditakrifkan di bawah), kami mengambil berat tentang perlindungan privasi anda. Bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami ("perkhidmatan") kepada anda, kami perlu mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda. Kami mahu anda memahami maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan bagaimana maklumat tersebut digunakan.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, atau dengan mengakses laman web Asurion (seperti yang dinyatakan dalam bahagian Negara di bawah), anda mengakui bahawa anda (i) telah membaca dan menerima Dasar ini tanpa pengecualian; (ii) bersetuju dengan amalan privasi kami, termasuk pengumpulan, penggunaan dan penzahiran maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini; dan (iii) bersetuju untuk terikat dengan Dasar ini.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar ini, sila jangan menggunakan perkhidmatan kami atau memberikan sebarang maklumat peribadi anda.

 

Dalam Dasar ini:

(a) "kami" bermaksud entiti Asurion yang menawarkan atau menyediakan perkhidmatan kepada anda (seperti yang dikenalpasti dalam seksyen Negara di bawah); dan

(b) kami menyatakan di bahagian Negara di bawah, sebarang variasi Dasar ini yang terpakai jika maklumat peribadi anda disediakan dari dalam salah satu negara yang telah disenaraikan.

 

Apa yang dilindungi oleh Dasar ini

Sebarang perkhidmatan yang dikaitkan atau yang merujuk kepada Dasar ini dan apa-apa pengumpulan, penyimpanan, pemindahan, perkongsian, penzahiran dan pengendalian maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan kami yang telah ditentukan di bawah.

Dasar ini tidak melindungi dan kami tidak bertanggungjawab untuk laman atau aplikasi pihak ketiga yang mungkin dipautkan dari laman web kami; pautan kepada laman atau aplikasi tersebut tidak menandakan sebarang pengendorsan. Anda harus sentiasa menyemak dasar privasi mana-mana laman atau aplikasi pihak ketiga.

Sila lihat akhiran Dasar ini untuk variasi khusus negara yang akan terpakai kepada anda jika anda menerima perkhidmatan di negara yang telah disenaraikan.

 

Maklumat peribadi yang dikumpulkan

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk membenarkan kami mengumpul maklumat peribadi anda. Contoh maklumat peribadi anda yang mungkin kami kumpulkan termasuk:

  • Nama;
  • Alamat surat-menyurat;
  • Alamat emel;
  • Nombor telefon sel / telefon bimbit;
  • Maklumat yang mengenal pasti peranti mudah alih anda, seperti Nombor Siri Elektronik ("ESN") atau data Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa ("IMEI");
  • Nombor siri peranti dan alamat kawalan akses media ("MAC");
  • Maklumat yang dikumpul selepas memperoleh kebenaran anda semasa anda menggunakan perkhidmatan;
  • Sebarang maklumat yang anda sediakan semasa membuat permintaan untuk perkhidmatan kami ("permintaan perkhidmatan");
  • Maklumat lain yang secara peribadi mengenal pasti anda atau mengaitkan atau boleh dikaitkan dengan anda yang diterima semasa menyediakan anda dengan perkhidmatan, seperti tarikh pembelian perkhidmatan kami, dan kuki apabila anda mengakses laman web kami.

Asurion akan berusaha untuk mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda jika situasi membenarkan. Maklumat peribadi anda mungkin dikumpul secara langsung daripada anda semasa perbincangan telefon anda dengan kami, apabila anda mengemukakan borang kepada kami, daripada syarikat gabungan Asurion, daripada rekod kami tentang cara-cara anda menggunakan perkhidmatan kami atau apabila anda melengkapkan antaramuka dalam talian termasuk aplikasi mudah alih, antara sumber lain. Dengan memberikan maklumat peribadi anda, anda secara nyata bersetuju dengan pengumpulan maklumat peribadi anda oleh kami.

Sebagai sebahagian daripada permintaan perkhidmatan, Asurion atau syarikat sekutunya mungkin memerlukan pengesahan identiti anda dengan meminta anda mengemukakan lesen memandu, pasport, ID ketenteraan atau kad pengenalan peribadi anda. Di samping itu, untuk memproses permintaan perkhidmatan anda, Asurion atau syarikat sekutunnya boleh meminta maklumat penghantaran dan bil anda, maklumat kad kredit atau cara-cara pembayaran pilihan lain.

Sila ambil perhatian bahawa jika kami tidak mempunyai maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk:

  • menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, (atau kepada syarikat yang kami berikan perkhidmatan di mana anda dikontrakkan kepada), sama ada dengan taraf yang sama atau sama sekali;
  • memberi anda maklumat mengenai perkhidmatan yang mungkin anda mahu, termasuk maklumat mengenai promosi khas; dan/atau
  • menyesuaikan kandungan laman web kami dengan pilihan anda dan pengalaman anda di laman web kami mungkin tidak sebegitu menyenorokkan atau berguna.

 

Apakah tujuan kami mengumpul, mengguna dan menzahirkan maklumat peribadi anda

Asurion pada masa ini, dan/atau mungkin pada masa akan datang, mengumpul, menggunakan dan menzahirkan maklumat peribadi anda seperti yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang bertulis dan/atau untuk mana-mana atau semua tujuan yang berikut ("Tujuan"):

  • Memenuhi perkhidmatan atau permintaan perkhidmatan kepada anda;
  • Melengkapkan pembelian anda;
  • Membuktikan dan mengesahkan identiti anda;
  • Mengaktifkan dan menyelenggara akaun anda;
  • Mengendalikan dan menyelesaikan pertikaian bil;
  • Memantau dan mengekalkan prestasi dan fungsi peranti yang selaras dengan pilihan anda;
  • Menyediakan sokongan teknikal dan fungsi klik-untuk-sembang (click-to-chat);
  • Melindungi dan memperbaik perkhidmatan kami;
  • Menawarkan kemas kini, notis dan maklumat lain mengenai produk atau perkhidmatan yang sedia ada dari Asurion atau syarikat gabungannya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. (Nota: pada bila-bila masa anda boleh memilih untuk menarik balik persetujuan anda kepada penggunaan Asurion atau pendedahan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi dengan menghubungi Asurion seperti yang dinyatakan di bahagian “Di mana untuk merujuk dengan soalan dalam Dasar ini);
  • Menjawab pertanyaan, siasatan, komen dan arahan anda;
  • Menghalang, mengesan atau menyiasat jenayah dan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang lain, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan, dan menganalisis dan mengurus risiko komersial;
  • Mematuhi undang-undang, peraturan, kod amalan, garis panduan, atau peraturan yang berkenaan, atau untuk membantu dengan penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan/atau pihak berkuasa kawal selia;
  • Berhubung dengan sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding (termasuk tetapi tidak terhad kepada mendraf dan menyemak dokumen, dokumentasi urus niaga, mendapatkan nasihat undang-undang, dan memudahkan penyelesaian pertikaian), dan/atau melindungi dan menguatkuasakan hak dan obligasi kontrak dan undang-undang kami;
  • Mengemaskini rekod kami dan memastikan butiran perhubungan anda yang disimpan adalah yang terkini;
  • Mengesan dan menganalisis data yang tidak dikenalpasti dan menyediakan data tersebut kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada Asurion;
  • Tujuan statistik untuk membantu memperbaik perkhidmatan;
  • Melindungi daripada penipuan dan potensi penipuan;
  • Memaklumkan anda tentang apa-apa pendedahan maklumat peribadi anda;
  • Mengekalkan keselamatan dan integriti sistem dan perkhidmatan Asurion;
  • Memasarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda langgan;
  • Menghantar kepada mana-mana entiti bersekutu kami dan pihak berkuasa kerajaan dan/atau pengawal selia yang berkaitan, untuk tujuan yang disebutkan di atas; dan
  • Mana-mana tujuan lain yang semunasabahnya dalam jangkaan di mana anda memberikan maklumat itu,

selaras dengan persetujuan yang diperolehi daripa anda mengikut undang-undang tempatan yang terpakai di negara di mana anda menerima perkhidmatan tersebut.

Tujuan-tujuan ini mungkin terus terpakai walaupun dalam situasi di mana hubungan anda dengan kami telah ditamatkan atau diubah dengan apa-apa cara. Dalam kes sedemikian, kami masih boleh menyimpan data peribadi yang berkaitan dengan anda dan menggunakan atau menzahirkan maklumat tersebut untuk tujuan undang-undang dan/atau perniagaan, termasuk untuk mematuhi undang-undang tempatan di negara yang anda terima perkhidmatan tersebut.

 

Cara kami berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda

Kami boleh berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda dalam kumpulan Asurion dan dengan pembekal perkhidmatan Asurion yang telah kami kumpulkan tentang anda di negara-negara di luar negara di mana anda menerima perkhidmatan tetapi hanya selaras dengan Tujuan. Kami tidak akan menggunakan atau menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang bukan sekutu kecuali seperti dinyatakan dalam Dasar ini.

 

Asurion boleh memindahkan atau melesenkan maklumat peribadi anda kepada:

  • Syarikat bukan sekutu untuk membantu kami dalam menyediakan, mengekalkan dan mengendalikan perkhidmatan atau pemasaran kami. Syarikat-syarikat ini dikehendaki mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Dasar ini dan hanya menggunakan maklumat peribadi tersebut bagi tujuan yang mana maklumat peribadi tersebut diberikan kepada mereka;
  • Pihak ketiga, sekiranya berlaku pembelian yang dicadangkan atau pembelian sebenar, jualan (termasuk pembubaran, realisasi, rampasan atau pemilikan semula), pajakan, percantuman, penyatuan atau apa-apa jenis pemerolehan, pelupusan, pemindahan, pemindahhakan, atau pembiayaan semua atau mana-mana bahagian perniagaannya atau mana-mana aset atau saham perniagaan kami atau sebahagiannya agar anda terus menerima produk dan perkhidmatan yang sama atau serupa dari pihak ketiga. Dalam mana-mana peristiwa tersebut, kami akan memberi anda notis atas perubahan material kepada Dasar ini, atau perkhidmatan kami, mengikut cara yang dinyatakan dalam Dasar ini. Dalam keadaan ini, maklumat peribadi boleh dikongsi dengan pembeli atau pemegang serahhak sebenar atau bakal, atau dengan perniagaan yang baru diperoleh.

 

Asurion juga boleh menzahirkan maklumat peribadi anda untuk:

  • Mematuhi undang-undang dan/atau proses perundangan di mana permintaan rasmi telah dibuat (e.g. opermintaan daripada agensi pengawasan pentadbiran, guaman sivil, sepina, perintah mahkamah atau prosiding kehakiman atau pentadbiran);
  • Mempertahankan hak dan/atau harta kami atau hak dan harta pihak lain;
  • Menguatkuasakan Dasar ini;
  • Membalas tuntutan bahawa kandungan komunikasi melanggar hak pihak lain;
  • Mengesan, mencegah atau sebaliknya menangani isu penipuan, keselamatan, atau teknikal.

 

Cara kami melindungi maklumat peribadi anda

Kami menggunakan amalan terbaik kawalan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang munasabah secara komersil untuk melindungi maklumat peribadi anda termasuk penyulitan data yang sesuai; walau bagaimanapun, kerana internet bukan persekitaran 100% selamat, kami tidak dapat memastikan keselamatan maklumat peribadi semasa pengiriman antara anda dan kami. Sehubungan itu, anda mengakui bahawa apabila anda mengirim maklumat peribadi tersebut, anda melakukannya dengan risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk melindungi keselamatan maklumat anda dan akan sentiasa menyemak dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang pelanggaran keselamatan maklumat peribadi anda yang disahkan setakat yang diperlukan oleh dan mengikut undang-undang tempatan yang terpakai di negara di mana anda menerima perkhidmatan.

 

Berapa lama akan maklumat peribadi anda dikekalkan

Asurion akan mengekalkan maklumat peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini dan mengikut undang-undang tempatan yang terpakai di negara di mana anda menerima perkhidmatan tersebut.

 

Bagaimana anda diberitahu jika Dasar ini berubah

Kami boleh mengubah Dasar ini dari semasa ke semasa. Jika diubah, kami akan menyiarkan Dasar yang dikemaskinikan dengan tarikh semakan terakhir. Penggunaan terus produk atau perkhidmatan oleh anda bermakna bahawa anda bersetuju dengan kemaskini tersebut. Anda harus membaca Dasar dari semasa ke semasa untuk memahami amalan privasi kami.

Jika kami membuat perubahan material kepada Dasar ini, kami akan menerbitkan di laman web Asurion atau menghantar e-mel kepada anda untuk mendapatkan persetujuan afirmatif anda jika diperlukan oleh undang-undang tempatan yang terpakai di negara di mana anda menerima perkhidmatan tersebut.

 

Berkomunikasi dengan anda secara elektronik

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju bahawa kami boleh berkomunikasi dengan anda secara elektronik. Ini termasuk sebarang makluman yang diperlukan (i.e. undang-undang, teknikal, pengawalseliaan, keselamatan, privasi) yang berkaitan dengan penggunaan anda dengan perkhidmatan tersebut.

 

Mesej komersil

Di mana yang diperlukan, kami akan meminta persetujuan nyata anda untuk menghantar mesej-mesej tersebut. Anda boleh menarik balik persetujuan anda dengan menggunakan pautan "tarik diri pelangganan " (“unsubscribe”) yang terletak di bahagian bawah mesej kami, menghubungi kami di alamat yang disenaraikan di atas, atau dengan menghantar e-mel kepada privacy@asurion.com.

 

Hak anda yang berkaitan dengan pembetulan dan akses

Walaupun kami mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan maklumat peribadi anda, kami bergantung kepada anda untuk memberi maklumat peribadi yang tepat dan lengkap apabila berinteraksi dengan kami.

Atas permintaan anda dan seperti yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang tempatan yang terpakai di negara yang anda menerima perkhidmatan dan yang konsisten dengan perjanjian rakan kongsi kami yang berkenaan, anda boleh meminta Asurion untuk mengambil tindakan berikut dengan maklumat peribadi anda: (i) memberikan anda salinan, (ii) membetulkan, (iii) mengemaskini, (iv) memadam. Untuk membuat permintaan sedemikian, atau jika anda mempunyai aduan yang berkaitan dengan privasi, sila hubungi Asurion melalui pos atau e-mel seperti yang disediakan di bahagian "Di mana untuk merujuk dengan soalan" dalam Dasar ini. Kami akan membalas permintaan anda dalam jangka masa yang munasabah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang isu berkaitan dengan privasi atau penggunaan data yang belum ditangani dengan memuaskan oleh pihak kami, sila hubungi penyedia penyelesaian pertikaian pihak ketiga kami yang berpusat di U.S.  di https://feedback-form.truste.com/watchdog/request.

 

Kuki dan Bikon Web (Web Beacons)

Apabila anda menggunakan laman web kami, kami mungkin mengumpul maklumat tertentu secara automatik atau pasif dengan menggunakan pelbagai teknologi seperti kuki (fail teks kecil yang dicipta pada komputer atau peranti apabila pelayar webnya memuatkan laman web atau aplikasi web) atau bikon web (web beacons) (iaitu fail imej telus yang digunakan untuk mengesan navigasi dan tingkah laku seseorang melalui laman web).

Kami menggunakan teknologi ini di laman web kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna anda. Teknologi-teknologi ini yang diletakkan oleh kami pada peranti anda boleh digunakan untuk membolehkan kami menyesuaikan pengalaman dalam talian anda, mengenali anda sebagai pelawat terdahulu, menyimpan pilihan pengguna anda dan mengekalkan maklumat log masuk dan kata laluan anda pada bahagian selamat laman web kami. Kami juga menggunakan teknologi ini untuk menganalisis cara pengguna menggunakan laman web kami dan untuk memantau prestasi laman web kami. Untuk mengelakkan keraguan, kami tidak menggabungkan maklumat umum yang dikumpulkan melalui teknologi ini dengan data peribadi lain untuk memastikan anda boleh dikenalpasti. Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan teknologi ini pada peranti anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menyesuaikan tetapan pelayar atau peranti anda untuk menyekat atau mengehadkan penggunaan teknologi ini. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk melakukannya, fungsi laman web dan pengalaman pengguna anda mungkin terjejas.

 

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun

Perkhidmatan ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kecuali dibenarkan di bawah undang-undang tempatan yang terpakai di negara di mana anda menerima perkhidmatan tersebut, kami tidak dengan sengaja mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anda sedar bahawa anak anda sedang mengakses perkhidmatan dan memberikan maklumat peribadi tanpa persetujuan anda di negara yang mana undang-undang tempatan tidak membenarkan, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Kami akan mengambil langkah untuk mengeluarkan maklumat peribadi daripada sistem penyimpanan kami dan akan menamatkan akaun tersebut jika kanak-kanak di bawah umur 18 tahun telah mengakses perkhidmatan kami di negara di mana undang-undang tempatan tidak membenarkan.

 

Penyertaan APEC

Amalan privasi Asurion yang diterangkan dalam Dasar ini mematuhi Sistem Peraturan Privasi Silang Sempadan APEC (“CBPR”). Sistem CBPR APEC menyediakan rangka kerja agar organisasi dapat memastikan perlindungan maklumat peribadi yang dipindahkan antara ekonomi APEC yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut mengenai rangka kerja APEC boleh didapati di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pensijilan CBPR APEC kami, klik di sini.

 

Kebertanggungjawaban dan tadbir urus

Asurion telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memantau pematuhan dan menguatkuasakan Dasar ini.

 

Di mana untuk merujuk dengan soalan

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar ini, produk atau perkhidmatan kami, atau ingin membuat permintaan akses, pembetulan, atau pemadaman maklumat peribadi anda, atau jika anda mempunyai aduan atau pertanyaan berkaitan isu privasi, sila hubungi:

  1. Pegawai Privasi atau perhubungan privasi bagi negara di mana anda berasas seperti terkandung di bahagian Negara di bawah; atau
  2. (jika negara di mana anda berasas tidak disenaraikan di bahagian Negara di bawah) kami melalui e-mel di privacy@asurion.com.

 

Asurion

Bagi tujuan Dasar ini, kumpulan Asurion bermaksud entiti Asurion yang menawarkan atau menyediakan perkhidmatan kepada anda dan syarikat gabungannya termasuk mana-mana entiti yang disenaraikan di bahagian Negara di bawah.

 

Negara

Bahagian ini menyenaraikan variasi khusus negara untuk Dasar ini, dan sebarang butiran lanjut, seperti yang diperlukan oleh undang-undang negara tersebut.

 

(a) SINGAPURA

Perhubungan privasi:

Asurion Global Privacy Officer di privacy@asurion.com

Laman web:

www.asurion.com.sg

Entiti Asurion:

NEW Asurion Singapore Pte Ltd

 

(b) MALAYSIA

Perhubungan privasi:

Asurion Global Privacy Officer di privacy@asurion.com

Laman web:

www.asurion.com.my

Entiti Asurion:

Asurion Technology Malaysia Sdn Bhd 

 

(c) THAILAND

Perhubungan privasi:

Asurion Global Privacy Officer di privacy@asurion.com

Laman web:

www.asurion.co.th

Entiti Asurion:

Asurion (Thailand) Limited

 

Untuk tujuan bahagian  "Apakah tujuan kami mengumpul, mengguna dan menzahirkan maklumat peribadi anda":

  • Persetujuan yang anda berikan di bawah Dasar ini akan dianggap termasuk persetujuan untuk Asurion memberikan data tersebut kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada Asurion. Asurion mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang akan bertindak sebagai pemproses data di bawah pengawasan Asurion;
  • Asurion hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda jika persetujuan anda masih sah selepas penamatan atau penggantian perkhidmatan yang dinyatakan melainkan anda membatalkan persetujuan;
  • kecuali jika Asurion menerima arahan khusus yang lain daripada anda, Asurion akan menyimpan data peribadi yang berkaitan dengan anda dan akan menggunakan atau menzahirkan maklumat tersebut untuk tujuan undang-undang dan / atau perniagaan, termasuk untuk mematuhi undang-undang setempat di negara di mana anda menerima perkhidmatan;

Untuk tujuan bahagian "Cara kami berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda", Asurion hanya akan memindahkan maklumat peribadi anda di luar Thailand ke negara penerima yang mempunyai standard perlindungan data yang sepadan atau lebih baik daripada Akta Perlindungan Data Peribadi Thailand;

Untuk tujuan bahagian "Cara kami melindungi maklumat peribadi anda", Asurion akan memaklumkan sebarang pelanggaran data kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data dalam masa 72 jam dari pelanggaran tersebut.

Untuk tujuan "Berapa lama akan maklumat peribadi anda dikekalkan", Asurion akan mengekalkan maklumat peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Polisi ini sementara kebenaran anda masih tetap berkesan dan selaras dengan undang-undang tempatan yang terpakai di Thailand.

Bahagian "Kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun" tidak akan terpakai dan akan digantikan dengan perenggan yang berikut:

Kanak-kanak di bawah umur 20 tahun

Perkhidmatan ini tidak diarahkan kepada kanak-kanak umur di bawah umur 20 tahun. Kecuali jika dibenarkan di bawah undang-undang tempatan di negara di mana anda menerima perkhidmatan, kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 20 tanpa persetujuan ibu bapa mereka atau penjaga. Sekiranya anda sedar bahawa anak anda mengakses perkhidmatan ini dan memberikan maklumat peribadi tanpa persetujuan anda di negara yang mana undang-undang tempatan tidak dibenarkan, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Kami akan mengambil langkah untuk mengalih keluar maklumat peribadi dari sistem maklumat kami dan akan menamatkan akaun berkenaan seseorang di bawah umur 20 telah mengakses perkhidmatan di negara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

 

(d) AUSTRALIA

Perhubungan privasi:

Asurion Global Privacy Officer di privacy@asurion.com

Laman web:

www.asurion.com.au

Entiti Asurion:

Asurion (Australia) Limited

 

Dalam bahagian "Cara kami berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda" di atas, ayat pertama harus dibaca: "Kami boleh berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda di negara-negara di luar Australia, termasuk dalam kumpulan Asurion (termasuk yang berada di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Filipina, Malaysia, Thailand dan Singapura) dan penyedia perkhidmatan Asurion (termasuk yang terletak di Amerika Syarikat, Filipina dan Malaysia), tetapi hanya mengikut Tujuan. "

Dalam bahagian yang bertajuk "Di mana untuk merujuk dengan soalan" perenggan berikut harus ditambah, "Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda berhak untuk mengadu tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat Australia: "

GPO Box 5218

Sydney NSW 2001

Emel: enquiries@oaic.gov.au

Tel: 1300 363 992

 

www.oaic.gov.au

 

(e) NEW ZEALAND
Untuk tujuan bahagian "Hak anda yang berkaitan dengan pembetulan dan akses",

kami akan memberikan respons kami kepada permintaan untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi secepat mungkin, dan dalam apa-apa hal tidak lewat daripada 20 hari bekerja, dari tarikh permintaan.

 

Perhubungan privasi:

Asurion Global Privacy Officer di privacy@asurion.com

Laman web:

www.asurion.co.nz

Entiti Asurion:

Asurion New Zealand Limited

 

Dalam bahagian yang bertajuk  "Di mana untuk merujuk dengan soalan" perenggan berikut harus ditambah, "Jika anda tidak puas dengan respons kami, anda berhak membuat aduan dengan Pejabat Pesuruhjaya Privasi:"

PO Box 10 094

The Terrace

Wellington 6143

New Zealand

 

https://www.privacy.org.nz/about-us/contact/